Show Mobile Navigation

Friday, June 28, 2013

, ,

Carlos Tevez Berpindah ke Juventus

silent screamer - 5:44 PM
Setelah bersama Manchester City sejak 2009, kini Tevez beralih angin ke liga Itali bersama juara Serie A, Juventus. Yuran perpindahannya dilaporkan sekitar £10 juta. Tevez juga tidak sabar untuk bergandingan dengan penyerang yang baru dibeli Juventus iaitu Fernando Llorente. 


Dia diberikan tanggungjawab yang besar dengan memakai jersi bernombor 10, nombor yang pernah disarung oleh lagenda Juventus iaitu Del Piero.

Pasukan Juventus memperkuatkan skuad mereka dengan impian mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah kali terakhir dimenangi mereka pada tahun 1996.

Setelah Rasmi menyertai Juventus, Tevez kembali melontarkan komen kontroversinya, kali ini ia tujukan pada bekas kelabya, Manchester City. "Manchester City terlalu ghairah untuk mengatasi Manchester United sebagai kelab terbesar di dunia, tetapi hakikatnya City tidak akan mampu menjadi kelab yg lebih besar berbanding United."

sumber Dailymail.co.uk

0 comments:

Post a Comment