Show Mobile Navigation

Monday, June 3, 2013

,

Jose Mourinho Sah Pengurus Baru Chelsea

silent screamer - 10:30 PM
Jose Mourinho, 51 atau digelar Special One menggantikan tempat Rafa Benitez sebagai Pengurus Chelsea yang baru dan kembali mengetuai barisan pengurusan Chelsea sejak meninggalkannya pada tahun 2007 yang lalu. Beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Chelsea.

Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay berkata: "Saya amat berbesar hati sempena kembalinya Jose semula ke Chelsea. Kejayaan dan pencapaian beliau memberi harapan menjadikan beliau seorang yang luar biasa."

Sokongan penyokong Chelsea ke atas The Special One.
Jose meninggalkan Real Madrid selepas 3 tahun bersama kelab gergasi Sepanyol itu. Dalam sebuah temuramah dengan rancangan TV Bola sepak Punto Pelota, beliau berkata, "Saya akan ke London pada Isnin dan bakal menjadi pengurus Chelsea. Saya merasakan penyokong Chelsea menyayangi saya dan dalam kehidupan pun anda memerlukan perasaan seperti itu. Hidup ini indah dan singkat, anda perlu jalani kehidupan yang mana anda rasakan terbaik buat anda."

Jose Mourinho semasa perlawanan terakhirnya bersama Real Madrid
 Pencapaiannya bersama Chelsea sangat baik iaitu berjaya menjuarai BPL 2 tahun berturut-turut pada musim 2004/2005 dan 2005/2006.

0 comments:

Post a Comment