Show Mobile Navigation

Tuesday, July 9, 2013

,

Pep Guardiola Terap Tiki Taka Kepada Kelab Barunya

silent screamer - 10:11 PM
Pep Guardiola yang kini menjadi jurulatih kelab barunya, Bayern Munich menggantikan Jupp Heynckes. Bayern Munich merupakan juara baru Liga Juara-juara Eropah selepas berjaya menumpaskan seteru mereka, Borussia Dortmund. Bayern telah menetapkan standard yang tinggi ke atas pencapaian mereka dan kini tugas Pep untuk meneruskan momentum dan sekurang-kurangnya menyamai standard Bayern pada masa kini. Pep yang telah menempah pelbagai kejayaan bersama kelab lamanya FC Barcelona dengan taktik Tiki Taka yang mampu membawa Barcelona le tahap lain dalam dimensi bola sepak. Kini dilihat Pep juga menerapkan strategi yang sama ke dalam pasukan Bayern.  Tidak tahu apa itu tiki taka? Baca tentang info tiki taka.

Dilihat Bayern seperti tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempelajari taktik tersebut untuk diterapkan dalam variasi permainan mereka. Tidak sabar menantikan aksi Bayern beraksi dibawah kendalian Pep Guardiola.

0 comments:

Post a Comment